Pages

Sunday, May 6, 2012

What is right and what is wrong?

Bismillah...

konbanchiwa, setelah sebarapa lama, hati ni terasa nak menukilkan something kat encik blogspot..moga2nya terpost juga post ni sbb byk kali jugak dah buat post n end up x post online pun.  ( berapa  kali post daa)
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : من أراد أن يعلم منزلته عند الله فلينظر كيف منزلة الله من قلبه فإن الله عزوجل ينزل العبد حيث أنزله العبد من نفسه ,
Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

sebenarnya dah lama aku dapat hadis ni dekat kuliah magrib, pada ketika tu memang terasa sangat jauhnya Allah dengan aku, sangat JAUHHHHHH sbb pada ketika tu aku tak meletakkan ALLAh di takhta tertingi hati aku. jadi aku lalai, sembahyang pun sekadar ," asal sembahyang" aku lalai, Ya Allah, malunya aku teringatkan dosa2 aku yang sampai sekarang masih terkial-kial untuk tinggalkan..



bila diingatkan balik pasal hadis ni, aku renung balik diri aku dan hidup aku selama ini. Aku ingin Allah dekat dengan aku tapi aku tak meletakkan Allah sebagai yang terpenting bagiku. contohnya, dalam pekerjaan aku..
Dont get me wrong, aku tak buat kerja2 yg HARAM, tapi ada unsur2 HARAM dalam kerja aku sbg jururawat ni.. Aku dah lama sedar, malah sejak kali pertama aku terima kerja sebagai nurse  kat hospital swasta yang berpaksikan agama Kristian ni, aku dah tertanyakan diri sendiri , patutkah aku stay kat sini. 
aku rasa most muslim nurses pun hadapi masalah ni bila bekerja di bawah management yang x sensitif dengan keperluan agama lain. Larangan menutup aurat di kalangan para jururawat muslimah. Aku pernah suarakan benda ni kepada ibuku dan beberapa org lain berkenaan hal ini, dan kebanyakkannya berkata , " kes aku dikira kes darurat, entah iya entah tidak. tapi untuk seketika, aku sedapkan hati, memang aku dalam  situasi darurat. Kata Mak, " dalam situasi aku sebagai nurse di  hospital kristian yang ada nurse pastor, untuk elakkan terjadinya perpindahan akidah di kalangan pesakit muslim,kehadiran aku di situ adalah HARUS.  Adakah aku berjaya menjalankan tanggungjawab aku itu. AKU pUN TAK PASTI. 
bila bercakap pasal aurat, dan pekerjaan aku ni terasa amat tak keruannya diri  ini..
pic from seindahcintaislam.blogspot

tapi lepas tu aku terbaca satu artikel dalam majalah SOLUSI.Berkaitan status darurat. Tapi artikelnya bukan menyentuh terus kepada situasi aku, tetapi kepada sitiasi ibu mengandung yg mahu diperiksa dan  dibidankan oleh doktor OnG lelaki. tiada istilah darurat di sini kerana mereka boleh mendapatkan doktor perempuan untuk menyambut kelahiran anak mereak. jangan gunakan alasan perubatan untuk menolak hukum ALLAH, sbb anda mempunyai pilihan. so bila twist balik,  Jika aku  ada pilihan pekerjaan  lain yang terbukti HALAL, maka keadaan aku jatuh HARAM.. sbb aku boleh mendapatkan pekerjaan di tempat lain yg membolehkan aku menutup aurat. 


Macam yg aku katakan sebelum ni, I LOVE MY JOB. IT GIVES ME A SENSE OF PURPOSE IN LIFE. Aku suka menjadi orang yg boleh memberi bantuan kepada pesakit yg memerlukan aku. Aku suka bersama pesakit2 aku. Aku suka jadi org yg mereka percayai untuk meluahkan segala kegusaran mereka, biarpun tempoh aku dengan pesakit tu cuma 30 minit, ( atau sepanjang mana pemeriksaan diagnostic tu ) My heart flowers everyday thinking of what i'm able to do everyday. 

AND I LOVE my current workplace.. ( ok, maybe there are times i seriously think of walking away) The peoples are like my family.. walaupun sumpah aku MENYAMPAH ngan 5 entiti jahat dalam department ni.  but apart from these 5 entity, WE ARE OK.. 

And 2 years later, after it all started, aku makin competent dalam skop kerja aku kat sini, tapi jadi BODOH ngan skop kerja di bahagian lain. dan ini yang menghalang aku daripada beredar. Ya Allah, aku takut.. Takut akan segala cabaran yg aku terpaksa lalui balik untuk mendapatkan competency untuk betul2 boleh jadi nurse yang cekap dan baik. Aku takut untuk melangkah ke arah lain bila aku sudah terbiasa bergerak ke hadapan, untuk membelok ke arah lain, yang aku belum pernah terokai, kaki ini takut untuk melangkah. Ya ALLAH, aku mahu meletakkan Engkau sebahgai tertinggi di hatiiku, tapi cabaran yang satu inipun aku tak mampu. Ampunkan aku Ya Allah. 

Aku tahu masih jauh perjalananku untuk dekat denganNya, tapi kalau dengan penghijrahan aku ke tempat lain boleh mendekatkan aku denganMu Ya Allah, maka tolonglah permudahkanlah urusannku YA ALLAH. redhoilah setiap langkahku.
pic prom 
http://www.facebook.com/pages/seindahcintaislamblogspotcom/109506639171982


Ya Allah, jika pekerjaan aku di sini adalah baik kepadaku, baik untuk agamaku, baik untuk diriku, baik untuk keluargaku, baik untuk masa depanku, baik untuk dunia dan akhiratku, maka dekatkanlah aku kepadanya,  permudahkanlah urusan aku.   TAPI
Jika ia memudaratkan diriku, agamaku, keluargaku, masa depanku, dunia akhiratku, Ya Allah, tolongh jauhkan aku daripadanya.  Padamu aku menyembah, dan padamu aku memohon. berilah petunjukMu kepadaku.