Pages

Thursday, March 26, 2009

my life as a student-part 2

hari ini genapla 9 hari aku praktikal kat hospital selayang.
gile letih.. rasa macam nak cabut kaki ni ganti kaki len sementara na tunggu jam kat wad tunjuk kul 2 ptg( rasa macam nak panjat dinding wad, bagi cepat sikit jam tu gerak).
kul 4.50 pagi lagi, kalo korang adalah di kalangan pekerja2 skema yang suka p keja awai2 sbb nak elak jem dan berharap nak bayar tol murah sbelum kul 7 pg, kalo korang lalu di jalan klang lama punya pasar, di kiri korang, mesti korang akan nampak punyala perhimpunan agung budak2 berbaju purple dengan muka macam, aku-nampak-bas-aku-serang. Walaupun mereka budak2 nursing, jangan mensalah anggapkan mereka sebagai lembut. tu suma tipu belaka, baik junior, mahupun senior student( aku x, aku ayu.. ) mereka akan mengganas dalam usaha utk mendapatkan seat dalam bas. Suma pun berharap nak sambung tido walaupun stakat 30 minit sebelum sampai kat hospital. yang terlambat, ataupun mengamalkan prinsip " aiman tak kisah" , berdirilah korang sepanjang perjalanan, pastu jaki sbb orang len bole sambung tido kejap. x pun korang tolong la layan pak cik bas bercakap.. walaupun korang x dengar sangat pun apa yang dia dok bebel sorang2 kat depan.hahaha. Tragis gile hidup.
Slepas sempat la berdengkur dalam seminit dua dalam bas, dengan air liur yang meleleh kat pipi, budak2 ni sampai la ke destinasi mereka, " kawasan pembersihan radicare" . bagus sangat la port pak cik bas tu berenti, menambahkuatkan prasangka makcik2 kat wad bahawa kami ni memang tukang cuci hospital.
berikut adalah perbualan sorang budak purple dangan sorang makcik kat hospital:
Makcik: korang yang baju purple2 ni dari mana ha?
budakcuteberbajupurple: Dari UITM makcik.
Makcik: UITM?
budakcuteberbajupurple: ye, UITM Shah Alam, tapi fakulti kami kat PJ ( kami anak buang kampus induk.. huhuhu)
Makcik: ... ( diam jap) korang ni yang keja cuci2 dalam wad tu ke?
budakcuteberbajupurple : tak la makcik, kami jururawat ( dengan nada cool, tapi dalam ati macam nakmakan je makcik ni).
makcik : tapi selalu tengok korang lalu2 kat pejabat cuci tu..
budakcuteberbajupurple : oo.. bas kitaorang berhenti kat situ
makcik: tapi bukan ke korang yang buat kja cuci2 tu? ( dengan muka terlampau yakinnya dia)
perbualan tersebut terhenti sbb budakberbaju purple yang cute tu menjadi terlalu tensen dengan penyataan makcik cafe yang bombastik tersebut lalu mengetuk kepalanya ke dinding.
Aku x boleh menerima hakikat ni.. tidak!!! . ok, case is closed.

owh.. aku terlupa bagitahu aku masuk wad kanak2 dulu semester ni.
kalo korang bayangkan watak jahat, korang mesti bayang orang tu muka ganas gile,muka aku-nak-makan-budak, ada tanduk ke.. ekor pointed, kaler merah ( cuba teka apakah itu..)
tapi, kalo korang ke wad kanak2, percayalah, watak paling menakutkan dan jahat di kalangan psakit2 ni, mestilah orang2 yang pakai baju putih, slalu bawa stetoscope, x pun si baju purple yang slalu bersubahat ngan yang berbaju putih tu utk cucuk mereka.
sedih lak bila pergi je buat lawatan x brapa rasmi kat budak2 u, x sempat masuk bilik dorang lagi dorang dah nangis.. apekah dosa ku..
baru je nak ambik suhu badan mereka, dah meraung macam kitaorang bawak pisau nak siat kulit dia.. Susah oo nak deal dengan budak2 ni. Kalo orang dah besar boleh la terang, benda ni x sakit /sedikit sakit/sakit..tapi boleh tahan lagi sakitnya. tapi, ngan budak2, lagi pujuk jangan nangis, lagi kuat dia nangis. pastu bila dah abih prosedur, baru dia kata, " eleh, x sakit pun" padahal tadi bukan men kuat lagi dia meraung. nasib baik aku penyabar orangnya.. ( dah terpuji diri sendiri lak)
tapi overall, agak bes la keja kat peadiatric ni.
kul 2.. waktu yang dinanti2, perebutan seat bas mesti jadi lagi ( sbb bas x cukup)
pas sampai umah, dengan mata yang kuyu dan semangat nak tido yang tinggi dan ingatan yang mendalam terhadap si katil dan bantal, kononnya nak tido la. tapi bila terlihatkan senarai keja yang x siap2 lagi. x da chance la nak berdating dengan si bantal. kecewa betul aku
dua minggu ni memang macam syial jer. tensen tu jangan cakap la. nak marah kat lecturer sbb bagi assignment lambat.. dah brapa kali marah dah-bukan boleh buat apa pun. next 2 weekstart final, dah dengan assignment research yang panjang berjela tu, ntahla macam mana nasib aku semester ni.
____________________________________________________________
YG doctor, i need my daily dose of bigbang for these stress!!!
ME..... FIGHTING!!!!
____________________________________________________________

Sunday, March 22, 2009

cracks of a broken girl's heart






Lyrics | Eric Benet - Cracks of my broken heart lyrics

Sunday, March 15, 2009

sepatutnya aku sudah x tercongok di depan laptop ni lagi pada wak2 warga rumah yang len tido sambil bermimpikan praktikal yang bakal bermula esok..
tapi syndrome gatal-tangan-nak-update-blog ( restless hand syndrome?) datang lagi..
sebenarnya x tau pun nak taip apa, just kegatalan yang x semena2 datng ni memaksa aku taip gak something.

sebenarnya cik Aliaa dah lama menge"tag" aku dengan tag berikut. tapi disebabkan aku mempunyai vitamin M yang banyak ( quote dr Pn Kalsom lagi) , benda alah ni sengaja di'x-buatkan" ..hehe. sorry cik Aliaa.

1)Do you think you're hot?
sekarang hujan.. sejuk r.

2)Upload your favourite picture of you!
( setakat yang ada dalam laptop ni ketika ni)

3)Why do you like that picture?
hurm.. perlukah sy jawab soalan berikut? sbb sy sgt suka group drama sy kat matrik dulu, saya suka matrik, sy suka buat drama..dan adalah..

4)When was the last time you ate pizza?
tym gado kat umah.. last 3 week.. ( ops.. dah terbuka rahsia lak)

5)The last song you listened to?
skrg tgh dengar Make LOve- Bigbang ( saya dengar je lagu terbabit..x da maksud lain2)

6)What are you doing right now besides this?
menguap.. ngantuk dohh

7)What name would you prefer besides yours?
jap.. nak pikir:
1-dulu tym kecik2 suka sgt nama puteri( asal main masak2 je trus tkar nama puteri nurlelawati( ntah hapa2 aku dulu)
)
2-pastu tym masyuk gile ngan kashiwabara takeshi( sbb citer itazura na kiss) - izza kashiwabara ( @ mrs Irie)
3-tym nama kena Pn Rohana luxamana panggil sbb salah buat keja KH, pastu tau dah, dia nak cubit r 2- nama len selain Izza (smpai skrg fobia oo)
4-pastu bila minat ngan Hideaki - mrs TAkizawa
tym brangan jadi pelukis komik utk skool mag :-izza Umezawa ( terpengaruh ngan haruto umezawa)
5-habihkan 84 hinggit beli VCD cncert Arashi(how is it goin), playback sHo's solo"touch my body" adala beberapa puluh kali sampai VCD 2 tenat : mrs sho sakurai
6-pastu tertengok jin nyanyi ngan Ueda lagu" butterfly" sambil bukak2 spek itam, kena panah ngan budak2 bersayap yang bawa arrow bentuk love- pengsan jap, - nak jd izzanishi
7-curang jap ngan Jin, tengok yamapi dalam mag "wink-up" :-hime ( haha.. puteri balik)
8-beli crita "sky of love", hiruma yang sangat seksi dan cumel ( macam nak piat2 muka dia) menggoda aku tengok cerita berikut lebih dr 10 kali - nak nama aragaki yui
9-berjinak2 ngan korean pya variety show, "the star golden bell"- tgk hyun joong bt muka cumel sambil goyang2 punggung dia tym nyanyi lagu " song calling 4 u" - lee hyori
10-Aliaa paksa ( betul..x tipu) dengar lagu big bang, pas tgk MV haru2 tym top gado2 ngan GD - mrs Choi
11-tym Top kiss Hyori : hyori's killer
12-young bae release album, HOT, n lookin damn sexy in Prayer's MV - hurm.. x tau, tapi sy nak kawen ngan beliau.. hahaha
13-terpengaruh ngn kwn2 utk tgk Pirate of the carribean : saya suke Jack sparrow, nak kawen ngan dia gak ( mrs sparrow la kot)
14-last n latest, tengok citer "baby n me"" hong-gil-dong" ngan iklan "toucholic-samsung" dengan mata yang x berkelip2 memandang si jang geun suk yang terbukti lebih cumel dari takki, niunai,top dan kashiwabara- trus nak p korea nak masuk meminang dia dan jadi MRS JANG ( huduh lak bunyinya.. tapi x kisah la)
kesimpulannya.. sy sgt suka nama sendiri.. just nak tambah nama family bila dh kawen je..(hohoho)



I tag :
1- cik Aliaa ( malas nakcarik orang len buat la)
2- cik Adib ( x kira- malas atau x, buat gak)
3- Cik Ida
4- Cik Mardiah
5- sape2 r..*mode ngantuk*

8)Who is number 1?
ntah siapakah beliau.. hahaha. hurm, rakan fangirling,gosip, meluah prasaan, merapu, rakan msg2 pnjang smpai kul 2-3 pagi,queen of pirate, ex-classmate, madu, shareholder..

9)Number 3 is having a relationship with?
hurm.. i think with OnoD.. ( dun u wish dear..hahaha)

10)Say something about number 5?
saya x tau dia

11)How about number 4?
Die dah kawen.. suami die ensem.hehehe

12)Who is number 2?
yang ni..? anak boss mak saya, kawan p tgk wayang, kwn utk bt benda2 jahat ( hohoho) mcm p tgk konsert yg kononya senyap2. tukang buli sy dari form 2, pemberi pinjam anime dan yang bersekongkol dengannya..

ntah hapa2 aku dah merepek ni.. dah.. cpt p tido !!

Friday, March 13, 2009

wo yao huijia!!

nak balik kampunggggggggggg!
hari ni nampaknya encik matahari malas buat keja lagi.. hujan lagi pagi ni.
mentang2 la Agnes monica nyanyi lagu nama dia.. trus jadi jiwang si matahari. Disebabkan aku punya prangai malas ngan tahap kesejukan kat dalam bilik ni mempunyai positive significant correlation,( tringat research methodology lak) maka secara relatifnya aku terus jadi malas nak bangun tido pagi tadi dan sekaligus menghancuskan timetable aku utk buat assignment pediatric ngan management..sekali lagi.
semua ni salah kamu encik matahari..

semalam tiba2 papan2 kenyataan kat fakulti diserbu macam orang serbu Sogo time member card day.. Ramai giler wanita2 berasak2 nak beli beg yang kononnya dah dimurahkan sgt 2 (padahal ada je yang dorang jual harga asal), mengingatkan aku kpada misae dalam crita shin chan(kartun kegemaran cik Nisa). hilang sgala keayuan mereka time berebut nak beli beg tu.. rilex la kak, banyak lagi beg kat situ, buatpa gado2 ni. . Dah termenyimpang pulak.

berbalik ke perkara asal, rupanya serbuan ke atas papan2 kenyataan yang sebelum ni pandang sebelah mata pun x mau tu berikutan pemberitahuan jadual praktikal sem ni.
Seperti yang dijangka..semester ni aku praktikal di hospital Ampang ngan hospital Selayang lagi. jadi kepada kamu2 yang tinggal dekat2 dengan kawasan berikut, tolong jangan men"sakitkan" diri sendiri.. secara sengaja atau tidak. ( boleh ke mintak macam tu?). bagila kitaorang pluang rilex2 sket kat Emergency room tu. hahaha. aku bukan nurse yang pemalas seperti sesetengah nurse yang gemar membuat senaman membesarkan buntut ( quote dr Pn Kalsom) di bebrapa hospital kerajaan tu, tapi.. time praktical memang sangat mencabar kekuatan kaki aku untuk berdiri sepanjang shif bila patient ramai ( bleh dapat varicose vein mcm ni tau) . plus, para student nurse ni la yang kena buat hampir suma keja kat wad. Dari tolong amik kertas observation sampai perkara2 remeh lain..( sampai nak amik glove yang dok kat tepi dia je pun mintak student tolong bagi-melampau tul!!) sapa kata budak sekolah je kena buli? kat dalam wad pun ada gejala ni tau. x kena ngan nurse, kena dengan houseman yang aku-doktor-ke-kau-doktor punya prangai ( 2 belum jadi MO lagi dah menyombong x tau hala), tapi sampai ke specialist pun ramai je kaki buli student ni. ces.. sempat ngadu nasib lak.( ini cuma merujuk kepada warga hospital yang mempunyai syndrome aku-mesti-buli-student-nurse-harini shaja.. bukan semua OK) .nak melawan, nanti takut kena label " student-purple-yang-suka-melawan-cakap" tambah pulak dengan jelingan ko-x-ikut-cakap-aku-aku-report-kat-sister. nasiblah.. sapa suruh mintak course Nursing ni..( ayat feberet En Yusub bila aku ngadu kat dia)

sem ni kat emergency room.. gile cuak aku fikir aku nak kena posting kat situ. time kelas Pn Salina pun aku pikir aku boleh pitam tengok slide2 yang sadis lagi mengerikan 2.. Tengok anjing kena langgar pun aku dah meraung kuat dah.. inikan pulak manusia.. Harap2 x da la si mat2 rempit buat operasi nak masuk wad ortopedik beramai2 time aku kat emergency room 2.

sambil2 membelek jadual praktikat berikut, aku tersedar, dorang adakan jugak praktikal hari Sabtu.. Zalim betul. Hari ahad je cuti.. mana cukup.!!! x boleh r nak balik kampung time cuti minggu dah macam ni.. ini membuatkan mood aku dengan sepantas kilat meluru keluar..
KENAPA????

KENAPA????
aku mensyaki si kaki2 buli yang disebutkan sebelum ni yang membuat request berikut kepada fakulti.. Memang la Kementrian punya student nurse praktikal sampai sabtu, tapi dorang dapat elaun ok.. kitaorang bt keja sukarelawan ni tau.. satu sen pun x dapat.. dapat utang PTPTN ada la. jangan la samakan kitaorang ngan KKM. memang x sama pun, kitaorng baju purple, dorang putih, dalam ertikata len, baju kitaorg lagi anggun la sampai makcik2 kat wad pun berkenan. tapi kadang2 disalahertikan sbg radicare( tkg cuci) kat hospital x pun pekerja kilang.. cisss, menghina tul. Mana ada pekerja kilang bawa stetoscope, termometer ngan BP set pi keja.. Tengok, kuar tajuk lagi.
( kan dah kata.. warna purple tu lagi anggun..lagi mencapub)

apa pun, aku sangat x puas ati sebab praktikal hari sabtu. bukan x suka pegi praktikal,( aku kalo boleh x mau balik pun bila dah kat wad) , tapi tolongla pikir, mana sempat nak buat suma assignment ngan studi macam ni. hari praktikal memang tangkap leleh( letih r.. bukan jiwang) punya bila balik.. bohong la kalo kata aku boleh studi mcm biasa tym ni. so ada sabtu ahad jer nak meronggeng, bt assignment yang minggu depan kena antar, baca buku sbb takut kena tanya kat wad..waa..JAHAT..JAHAT..JAHAT.
lagi satu, kalo En Yusub ngan bininya yang tercinta, PN fatimah nak mai melawat aku, x boleh dah la ni sbb Kedah cuti jumaat ngan sabtu. Memikirkan ni.. aku menjadi Down balik( bukan down syndrome)
hari ni pun aku memasang angan2 nak balik Kedah.. x jadi sebab tiba2 Pn Salina nak buat kelas petang ni. rasa macam nak menangis2 kat handphone bagitau kat En yusub, aku x leh balik. tapi demi x mau dicop Crybaby oleh beliau, pura2 je la x da pape. tapi kalo aku nangis, ada ke kemungkinan dorang nak datang sini lagi? hurm...
patut ke aku cari batu belah batu bertangkup.. AKU KEMPUNAN NAK BALIK KAMPUNG.!!

___________________________________________________________

credits to
  • Pn Kalsom di atas word2 brilliant beliau yang x penah gagal membuatkan aku sakit perut time kelas managmnt
  • Pn Salina yang lawa lagi anggun ( puji ada maksud ni)
  • En yusub dan keluarga
  • mereka yang namanya macam disebut2.
  • nurse2 dan dokter2 yang terlibat.
____________________________________________________________

Thursday, March 12, 2009

crazy dog

studi la weiiii..
esok ada test Emergenci.. hai.. ntah la kenapa still x da mood nak baca pape pun..
adakah sy dah cukup terer utk jawab suma soalan esok? kalo soalan ABC ok gak..bleh hentam jerk.
nak kata tawakkal..
bukan ke suma 2 buat bl dah studi ke?
aku ada tanda tringin nak repeat paper ke ni?
kalo paper mandarin.. conform dengan sukarelanya aku akan saja2 bagi fail.. haha.. Rosak budak ni, bleh tagkap angau ngan lecturer dia.. ( kata2 watak sampingan di blkg).. ces, diam la kamu.
berbalik kpada perkara asal, aku x da mood nak studi..!! kenapakah?
encik mood.. silalah datang segera.. jangan la bagi sy terus dok melepak kat depan laptop ni sambil tengok jejaka-jajaka korea yang hensem di youtube. jangan biarkan mereka trus menggoda sy..
terutamanya encik Jang geun suk ni..( sorry TOP n Taeyang.. x berniat pun nak curang.. tapi sy cuma budak pompuan yang lemah.. x tahan godaan byk2 ni..)
eiffel, i think i'm in love..
nak sambung tengok baby n me la.. ( trus lupa nawaitu yang sbenar)

Tuesday, March 10, 2009

OH, AH, OH

aku down...

down

down.. sgt2 minggu ni..

hari isnin lepas cuti maulud nabi..
spatutny cuti la kan.. tapi x leh balik..sedey2..
nasib baik mak ayah tercinta mai cni mlawat anak yang kesian ni.. kalo x.. ntah la apa kejadahnya aku buat kat KL tym cuti2 ni..
dear my fren.. rindu gile sama kamu..
pusing2 kL sorang2 x besh.. wei.. mai r turun KL lagi..

aku still rasa bulan 3 tahun ni adalh bulan yang paling x besh skali..
mesti feng shui x baik punya bulan ni..
dah la last week kn marah sakan dgn lecturer.. ( tu la sapa suruh x dgr cakap..degil!)
pastu gado ngan rumate lagi ( lawan jeling2 kira gado la 2 kan)
last2 sy, nina ngan nisa p la membawa hati yang lara ni ke The Summit..nak g karaoke la kononnya..
kat sana..baru tahu satu hakikat, bahawasanya suara saya sgt la x sedap. kalah crazy frog 2.
slama ni ingat suara sy ni macam suara ct nurhaliza( PEHHH.. skali brangan) .
punah r harapan nak masuk AF, OIAM ke mentor ke.. huhu.
tapi ada satu je yang x puas ati.. KENAPA X DA LAGU KOREA NGAN JEPUN KAT C2???
sbb 2 r suara sy kedengaran sgt x besh.. sbb lagu yang ada x sessuai dgan suara. ( still x menerima hakikat ni)
sy berkobar2 nak nyanyi lagu BIG BANG, WONDER GIRLS dan seangkatan dgnnya..
siap berangan nak bt dance step " nobody" ..
tapi x de.. WHAT?
ces.. membunuh semangat betul..
last nyanyi jugak r lagu CT, Avril ngan Savage GARden..
tapi .. walaupun suara kitaorang sgt la x sedap.. peduli apa sy..
janji suma masalah dan lara yang djiwa raga ni ilang..
pastu jadik hantu balik kat kelas.. hehe..( nak buat macam mana.. sy memang dilahirkan agak EVIL.. hohoho)
Nina ngan NIsa.. JOM KARAOKE LAGI!!!