hari ni nampaknya encik matahari malas buat keja lagi.. hujan lagi pagi ni.
mentang2 la Agnes monica nyanyi lagu nama dia.. trus jadi jiwang si matahari. Disebabkan aku punya prangai malas ngan tahap kesejukan kat dalam bilik ni mempunyai positive significant correlation,( tringat research methodology lak) maka secara relatifnya aku terus jadi malas nak bangun tido pagi tadi dan sekaligus menghancuskan timetable aku utk buat assignment pediatric ngan management..sekali lagi.
semua ni salah kamu encik matahari..
semalam tiba2 papan2 kenyataan kat fakulti diserbu macam orang serbu Sogo time member card day.. Ramai giler wanita2 berasak2 nak beli beg yang kononnya dah dimurahkan sgt 2 (padahal ada je yang dorang jual harga asal), mengingatkan aku kpada misae dalam crita shin chan(kartun kegemaran cik Nisa). hilang sgala keayuan mereka time berebut nak beli beg tu.. rilex la kak, banyak lagi beg kat situ, buatpa gado2 ni. . Dah termenyimpang pulak.
berbalik ke perkara asal, rupanya serbuan ke atas papan2 kenyataan yang sebelum ni pandang sebelah mata pun x mau tu berikutan pemberitahuan jadual praktikal sem ni.
Seperti yang dijangka..semester ni aku praktikal di hospital Ampang ngan hospital Selayang lagi. jadi kepada kamu2 yang tinggal dekat2 dengan kawasan berikut, tolong jangan men"sakitkan" diri sendiri.. secara sengaja atau tidak. ( boleh ke mintak macam tu?). bagila kitaorang pluang rilex2 sket kat Emergency room tu. hahaha. aku bukan nurse yang pemalas seperti sesetengah nurse yang gemar membuat senaman membesarkan buntut ( quote dr Pn Kalsom) di bebrapa hospital kerajaan tu, tapi.. time praktical memang sangat mencabar kekuatan kaki aku untuk berdiri sepanjang shif bila patient ramai ( bleh dapat varicose vein mcm ni tau) . plus, para student nurse ni la yang kena buat hampir suma keja kat wad. Dari tolong amik kertas observation sampai perkara2 remeh lain..( sampai nak amik glove yang dok kat tepi dia je pun mintak student tolong bagi-melampau tul!!) sapa kata budak sekolah je kena buli? kat dalam wad pun ada gejala ni tau. x kena ngan nurse, kena dengan houseman yang aku-doktor-ke-kau-doktor punya prangai ( 2 belum jadi MO lagi dah menyombong x tau hala), tapi sampai ke specialist pun ramai je kaki buli student ni. ces.. sempat ngadu nasib lak.( ini cuma merujuk kepada warga hospital yang mempunyai syndrome aku-mesti-buli-student-nurse-harini shaja.. bukan semua OK) .nak melawan, nanti takut kena label " student-purple-yang-suka-melawan-cakap" tambah pulak dengan jelingan ko-x-ikut-cakap-aku-aku-report-kat-sister. nasiblah.. sapa suruh mintak course Nursing ni..( ayat feberet En Yusub bila aku ngadu kat dia)
sem ni kat emergency room.. gile cuak aku fikir aku nak kena posting kat situ. time kelas Pn Salina pun aku pikir aku boleh pitam tengok slide2 yang sadis lagi mengerikan 2.. Tengok anjing kena langgar pun aku dah meraung kuat dah.. inikan pulak manusia.. Harap2 x da la si mat2 rempit buat operasi nak masuk wad ortopedik beramai2 time aku kat emergency room 2.
sambil2 membelek jadual praktikat berikut, aku tersedar, dorang adakan jugak praktikal hari Sabtu.. Zalim betul. Hari ahad je cuti.. mana cukup.!!! x boleh r nak balik kampung time cuti minggu dah macam ni.. ini membuatkan mood aku dengan sepantas kilat meluru keluar..
KENAPA????
KENAPA????
aku mensyaki si kaki2 buli yang disebutkan sebelum ni yang membuat request berikut kepada fakulti.. Memang la Kementrian punya student nurse praktikal sampai sabtu, tapi dorang dapat elaun ok.. kitaorang bt keja sukarelawan ni tau.. satu sen pun x dapat.. dapat utang PTPTN ada la. jangan la samakan kitaorang ngan KKM. memang x sama pun, kitaorng baju purple, dorang putih, dalam ertikata len, baju kitaorg lagi anggun la sampai makcik2 kat wad pun berkenan. tapi kadang2 disalahertikan sbg radicare( tkg cuci) kat hospital x pun pekerja kilang.. cisss, menghina tul. Mana ada pekerja kilang bawa stetoscope, termometer ngan BP set pi keja.. Tengok, kuar tajuk lagi.
apa pun, aku sangat x puas ati sebab praktikal hari sabtu. bukan x suka pegi praktikal,( aku kalo boleh x mau balik pun bila dah kat wad) , tapi tolongla pikir, mana sempat nak buat suma assignment ngan studi macam ni. hari praktikal memang tangkap leleh( letih r.. bukan jiwang) punya bila balik.. bohong la kalo kata aku boleh studi mcm biasa tym ni. so ada sabtu ahad jer nak meronggeng, bt assignment yang minggu depan kena antar, baca buku sbb takut kena tanya kat wad..waa..JAHAT..JAHAT..JAHAT.
lagi satu, kalo En Yusub ngan bininya yang tercinta, PN fatimah nak mai melawat aku, x boleh dah la ni sbb Kedah cuti jumaat ngan sabtu. Memikirkan ni.. aku menjadi Down balik( bukan down syndrome)
hari ni pun aku memasang angan2 nak balik Kedah.. x jadi sebab tiba2 Pn Salina nak buat kelas petang ni. rasa macam nak menangis2 kat handphone bagitau kat En yusub, aku x leh balik. tapi demi x mau dicop Crybaby oleh beliau, pura2 je la x da pape. tapi kalo aku nangis, ada ke kemungkinan dorang nak datang sini lagi? hurm...
patut ke aku cari batu belah batu bertangkup.. AKU KEMPUNAN NAK BALIK KAMPUNG.!!
___________________________________________________________
credits to
- Pn Kalsom di atas word2 brilliant beliau yang x penah gagal membuatkan aku sakit perut time kelas managmnt
- Pn Salina yang lawa lagi anggun ( puji ada maksud ni)
- En yusub dan keluarga
- mereka yang namanya macam disebut2.
- nurse2 dan dokter2 yang terlibat.
0 is VIP:
Post a Comment