Pages

Tuesday, July 26, 2011

Before I forget...


Sbenarnya entry ni dah bertahun dah aku buat kat LJ.. tp sbb LJ dah x bberapa bermakna sejak x leh download ngan megauplaod dan megavedio dah.. LJ ku semakin bersawang... huhu.. Since entry ni adalah entry feberet aku kat LJ.. aku nak menrecycle ia balik.. haha.. ( sbnarnya malas nak hupdate..) So.. esp to kayers...
I'm PROUD TO BE ONE OF YOU!!!


  • Jul. 8th, 2009 at 11:31 PM


sebab tetiba je aku terasa sangat rindu sama sekolah lama aku, aku merelakan diri sendiri buat menda alah yang ditag kpd aku neh. Daripada mengusha budak2 lelaki dekat asrama depan pura2 baca buku, baik aku bt benda len. Manala tau nanti dia ingat aku ni rajin bt assignment ke..hahha
Let see how much you remember and how much you regret your high school years... 

1. Who were your seatmates? 
F1: Nadzirah F2: syapikah Najian + Naemah F3-HAjar + Haizum F4-Tehah F5-Tehah jugak (macam ada konspirasi bagi aku dpt tpt 2 lagi ja)

2. Still remember your English teacher? 
HUh... English teacher.. Aku paling suke Cikgu english tym F3, tapi dah lupa r nama dia.. PN Zarina kot ngan Teacher Vijayanthi. tapi dlam byk2 cikgu yang ngajar aku aku pling byk x suka cikgu English. Ingat lagi Ms Au suka panggil kelas kitaorang '" lazy bum".. huh ingat lagi tuh.

3. What was your class name? 
Oh...aku sangat suke soalan ni.. aku boleh kata penah masuk suma kelas la. lengkap nama Sultanah Asma
1 sultanah, 2 Asma , 3 Asma , 4 Kedah , 5 Kedah
*nota kakitangandanmulut = S adelah kelas terbaik menengah rendah , A adelahkelas 2nd dan K adelah kelas Utk Budak2 yang amik subjek IT
*nota kukukaki = Aku yang dulu bole tahanla..

4. Who was your love then?
eh?itu soalan sensitip* muka merah* next question..

5. Made friends to the lower years? 
Agak ramai la... tapi sy x glamer macam drum major Band ataupun Ketua pengawas ataupun Kak Pah n the geng

6. Had a boyfriend/girlfriend?
apekah soalan ini...nak memerangkap nih.
girlfriend pastilah ada.... sbb 2 sekolah pompuan.

7. How was your table arrangement in class?
susun dua tym F1, susun 3 time F2 ngan F3 ( aku dok kat depan skali wooo), 2 balik tym F4 ngan F5 ( pun aku duduk kat depan skali jugak.. Bangge2)

8. Made any enemies?
aku x suke cikgu math aku time F2, kenape dia mesti nak tampal nama orang yang Galus Math kat papan kenyataan Math. Mesti r nama aku kekal kat situ sepanjang musim.Argh.. benci r ingat.

9. What games did you play?
huh.. batu seremban.. ? aku kaki kayu la..tulang reput x kacip ngan game2 ni sangat . selalu aku jadi tukang tepuk kat belakang jer.. Aku kan penyokong yang setia. Tapi aku mesti pastikan nama aku termasuk dlm list peserta Marathon sekolah la tetiap tahun. Walaupun antara orang terakhir dapat mata, tapi saya suke menda ni. Tapi aku aktif benda len yang bukan sukan r.

10. Did you buy your lunch?
wajibla.. dah bangun pagi pun liat, mana ada time nak bwk bekal.. tapi selalunya mkanan kat Kefeteria Asma cpt abih.. aku slalu makan biskut Tiger beli kat Ko-op jer.. Tu pun kadang2 ada geng2 mengecek biskut tu..

11. Were you a party animal?
Parti binatang? x penah jumpa pulak..
manade.. saya budak baik la time sekolah dulu, suci murni macam Safi..
tapi sejak masuk U ni dah sedikit tercemar la..tapi sy still berasa sy ni budak baik jugak.

12. Were you well known in your school?
Rasanya tidak. kecuali di kalangan pengawas yang jaga kat depan porch sekolah awal2 pagi. nama aku wajib ada dalam buku dorang. tapi aku x puas hatila, kenapa ada sorang senior prefect tu , macam x sabar2 nak tulis nama aku dalam buku dia, x sempat aku nak turun dr kereta, dia dah siap tulis nama aku dah.. Nampak sgt keglameranaku terserlah di awal2 pagi.

13. Skip classes?
time Kelas Jahitan Pn Rozana Luxamana..aku mesti cari alasan x mau pegi sekolah. ngeri r kelas 2 , dah r aku memang x berbakat dalam jahit menjahit ni, Dia plak macam tau2 je aku memang x kacip ngan keja2 orang pompuan ni, selalu je bt round time aku guna mesin Jahit, Salah jahit je aku mesti kena cubit.. Dah la yang mesin tu pun , asal aku guna je bt perangai.. Memang Cis la kelas jahitan dulu. sbb tu sampai skrg aku still x pandai jahit.

14. Did you get suspended/expelled?
walaupun saya kaki dating lambat tetiap hari ke sekolah walaupun En Yusub dah pecut kereta Wira itam dia hari2 mengalahkan micheal shumaker ( time tu dia femes lagi), tapi aku x penah r kena warning nak kn suspend pun. Saya kan budak baek.. heh.

15. Can you sing the school song
?

Sekolah Sultanah Asma,
Lahir dari cita-cita,
Mendidik serikandi bangsa,
Berjasa sepanjang masa,

Berjanji setulus hati,
Berikrar semurni kata,
Belajar, berilmu, berbakti,
Tertunai harapan semua.

Dengan tekad dan keyakinan,
Berazam mencapai kejayaan,
Hadapi dugaan, cabaran,
Demi kesejahteraan masa depan.

Oh sekolah tercinta,
Mekar subur perkasa,
Namamukan diplihara,
Dengan peribadi mulia.

*aku tulis sendiri tahu,aku tidak salin dan tampa
l

16. What was your favorite subject? 
walaupun aku suka buat2 rajin, tapi sbnarnya aku memang amat malas blajar, tambah time add math.. (kalau boleh nak antuk kepala kat dinding sbb terasa terlampau bodoh nak paham benda yang diajar tu) .eh.. silap soalan .Aku sentiasa bersemangat time kelas Seni..Kalau Pn Kartini x buat klas minggu tu.. aku akan sgt down spanjang minggu. Oh..dan Kimia, time form 5, sbb terasa paham benda yang orang len x paham sgt.. bangge lah tu.

Tapi agaknya kalau sir Ong yang ngajar aku fizik, mungkin aku akan sangat minat Fizik kot..*wink.wink* hahahah

17. What was your school's full name? 
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma ( alamat aku lupa)

18. Did you go to the dances? 
menari apa? Cak lempong? Oh.. tidak, setakat menari utk pertandingan senamrobik tu adala.. err, jawab soalan ke tuh?

19. Where did you go most often during breaks? 
Pusing2 pekan Alor star.. sampai sekarang pun lagu tu. Dah bosan dah pun asyik tengok benda2 yang sama.

20. If you could go back in time and do it all over, would you? 
Kalau boleh pegi balik ke zaman tu? Wajaibla aku nakkkk sangatttttt. Mesti la aku x melapaskan peluang tu.x bosan pun. Kalau boleh patah balik, aku nak pastikan aku mesti buli Adib sebelum dia stat buli aku..hahaha, belajar main gitar dari Ida, datang awal 1st day persekolahan supaya boleh pilih tempat. Pastikan aku mintak balik semua projek seni aku dari pn Kartini,( menyesal aku x amikbalikkeja aku tu) blajar lagi banyak sal seni halus, participate dalam banyak lagi xtvt sekolah, share lagi banyak benda dgn Aliaa ngan Erma.. ( pastu sembunyi cd tu dengan pembungkus hadiah sbb x mau bagi teheh nampak), Amik gambar ngan cikgu Harun ngan Sir ONg utk ditunjuk kat anak cucu aku.. ( bahawasanya aku penah bergambar ngan jejaka- most-wanted kat sekolah..heh) Lukis lagi banyak gambar Sir Ong… ohhhhh banyaknya benda aku nak buat.

21. What do you remember most about 5th year? 
Mestilah semua yang berkaitan dengan Kayers. Kamu semua sangat best dan gempak la., pengalaman kena jumpa Mak leha sal projek seni x siap, rombongan ke langkawi ( eh. Tu tingkatan 4).time nak dekat xm, blajar waktu petang ngan Aliaa ( yang jd sgt awkward sbb Aliaa tetiba diam.. macam ada yang x betui ja), pesan McD time bulan posa..( kes geng2 uzur).. Upha ngan nadia dok buat pertandingan pantun 2 kerat.."Awam Goreng" dan "ikan gering Koreng" Aliaa dan .. banyak la..

22. Worst memory in 5th year? 
Fail ntah brapa kali berturut2 subjek Add math ( tapi aku dapat B jugak time SPM.. Oh, biarkan aku berbangga sekejap dengan diri aku yang dulu.. diriku sekarang?.. boleh tahan kot), Kena gelak ngan ms Au sbb salah sebut “youth”( bebulu tul aku time tu), hari sukan (memang musim paling aku x gemar).Kena tinggal oleh En yusub sbb lambat keluar dari kelas ( sampai kul 7 ptg). Kena kutip sampah sebab datang lambat ( denda le ni)

bila ingat balik, memang sangat best la time kat sekolah dulu.. tapi kenapa dulu nak sangat masa cepat gerak.. I wish we could go back to that moment.

Rindu la dengan:
Sir Ong dan habit dia yang suka sebut OK tu..
Cikgu Sarafudin yang slalu terlelap dalam kelas.
Gelagat Raja dok usha ustaz Faisal.
Kayers ( dan bdk2 pompuan len) yang tetiba jadi diam time Sir Ong lalu kat bilik Sains ( pastu dia sedar orang tengok dia.. dia gelak2 sendiri..Cumel la).
Upha yang slalu bt pertandingan pantun 2 kerat dalam kelas.. ( gile rindu la)
Pah-si ketua yang slalu kelang kabut..da Upha si penolong yang suka pekena orang
Wida yang slalu tido dalam kelas tapi dapat markah tinggi jugak ( jeles x terhingga)
En Rosli dan perut buncitnya terutamanya time dia bersandar kat meja guru..
Adegan menyembunyikan henset time pengawas buat spot check.
Gejala meniru jawapan Add math Raja bila org nak kutip buku.
Erma yang slalu dok usha abang Sue..
Time kelas jadi kecoh time nak bedah Katak waktu Bio.
Sir Tan yang cumel.
Beratur depan kelas, nyanyi lagu negaraku sebelum masuk kelas ( tapi aku slalu x da la .. dah mai lambat)
Time sekolah buat latihan kebakaran tapi x da sesapa pun peduli sbb ingat bunyi loceng time rehat…satu kelas rentung r centu.
jam dinding F4 yang Pah letak dalam kelas dulu..memang semua orang tetiba jadi concern dengan time ketika itu.
Kegilaan Pah kat Jerry sampai beli buku novel Meteor garden dengan drama dia skali..
Kegiatan menyeludup kaset Energy & Vcd Jepun ngan Erma,dan Aliaa.
Choral speaking..dengan budak kelas N ke M ntah
Pertandingan senamrobik, yang adik pah jadi jurulatih, pastu muncul gelaran”Penguin” kat Ana.
En harun yang "ensem" bak kata Aliaa dan ahli2 fanclub dia especially time hari guru. Mesti pengawas yang bagi bunga kat dia gembira x terkira.
budak2 asrama yang selalu tido dalam kelas menjelang hari2 penilaian asrama gemilang.
dan yang paling rindu, berkump
ul beramai2 time pertandinagn band, sambil dok boo budak kolej.
Kena panggil'"pREP " oleh geng2 yang x best tu ( bdk2 kolej)

.










ONCE AN ASMARIAN ALWAYS AN ASMARIAN!!Even if i was given a chance to change anything back then , i will still choose all of you!!!

0 is VIP: