Pages

Friday, August 14, 2009

Somebody call 911!!

sebenarnya aku patut bt keja dah sekarang..
tapi en mood x mai lagi.. ( haish.. ponteng keja la dia hari ni)

sambil2 dok tahan sakit kepala ni..
sambil baca Bigbang fansite yang pasal Daesung ..
aku teringat balik kisah accident aku time semester 1 dulu (skrg aku semester 7 dah)

selalunya aku x suka cerita sal benda ni.. sbb bila aku kena citer balik, aku kena ingat balik benda yang aku dah lama cuba try nak lupa ni..
perasaan takut, risau, marah, penat, sedih.. semua mixed feeling yang aku rasa waktu tu akan jadi fresh balik bila aku teringatkan accident tu. .
but since i think i'm quite ok remembering that now.. aku cerita la.. ( ni belog aku kan.. suka ati la..hahaha)

seumur hidup aku, aku x penah masuk hospital sebagai patient sebelum peristiwa tu..
tapi eversince benda tu jadi.. aku sebenarnya agak trauma la nak pegi emergency room..
tapi bila dipikirkan balik.. ada kebaikan incident tu jadi. aku lebih paham camna perasaan patient bila tetiba jadi mangsa kemalangan.

bila diingatkan..,aku ada banyak "first time" time accident tu.
1st time aku beli tiket dan naik bas sendiri.
1st and last time aku naik bas malam.
1st time terlibat ngan accident bas.
1st time pegi emergency room.
1st time buat polis report.
1st time kena tipu ayah aku- tapi fail la.

hari tu hari jumaat kalau x salah aku, En yusub sepatutnya mai KL untuk uruskan sal Biasiswa negeri Kedah ngan aku.. tapi, pagi khamis tu, Adik aku telefon.

aku: Ayah jadi x nak mai cni.? kenapa bukan ayah yang call? ( sbb dia gn hp ayah aku)
Jeton si budakbusuk: .... ( diam jap) Kak, ayah masuk wad semalam. sakit jantung.dia kat hosp sultanah BAhiyah (peringatan-dont do this at home ok, anda boleh menyebabkan orang yang mendengarnya pun sakit jantung)
aku :*macam nak pitam* ( dok nangis2.. pastu letak telefon)

terkejut? mmg dah wajib la aku terkejut. kalau kena sergah hantu pun aku mungkin x se'terkejut " macam tu ( "se'terkejut"?ohh.. teruknya bahasa melayu aku sekarang)Ayah aku x pernah masuk wad pun. yang aku tau, dia ada darah tinggi ja. dan malam sebelum tu aku cakap ngan dia, biasa ja. I never expect such thing to happen to him.
dah puas nangis2, aku pegi juga kelas.. tapi memang apa ja yang lecturer dok bebel kat depan aku x dengar pun ( nasib baik aku x kena panggil.. kalo x.. mesti aku ulang balik ja soalan dia). pas abih kelas, aku terus la pegi Puduraya nak beli tiket balik.. ( tu pun time tu x tau pun puduraya kat mana.. nasib baik ada Ayu.. Thx Ayu). dah sampai pudu pulak.. lagi satu masalah.. Aku x tau patut beli tiket yang mana. last2 kena tipu ngan "ulat-ulat" kat sana. DUGAANNNNNNN... ( sila baca dengan gaya macam dalam pendekar bujang lapok)

aku beli tiket kul sepuluh.. tapi kena tunggu bas smpai kul 12 tgh malam. tapi sbb risau punya pasai.. hentam je la. dah la basnya buruk..mcm bas persiaran biasa, lambat sampai lak.. Kalo aku yang normal, dah hangin lama dah.. Kul 12 tgh malam baru jalan.. aku dah terlampau penat merisau,menangis, berjalan,berlari ,menunggu, time tu. so, terlelap la pas dalam sejam bas jalan.

baru je terlelap sikit, aku dengar bunyi benda terlanggar kuat la.. pastu kepala aku terhantuk ke seat depan dangan kuat.. pastu aku x ingat apa2 sampai tiba2 jiran yang duduk kat tepi aku kejut aku.. dan time tu aku dah terpelosok ke tepi tingkap yang hampir pecah, di bawah seat penumpang depan. Bas dah terbalik ke kiri ( dan aku duduk kat bahagian kiri).
aku ingat lagi.. terjaga ja, aku rasa macam disorientated sangat.. aku x paham kenapa bas berhenti, kenapa aku terpelosok kat bawah seat, kenapa semuanya gelap.
aku lap muka aku, dagu, pipi,ngan bbrp bhg muka, kaki, ngan tangan aku macam ada air banyak-tapi bukan air mata dan baunya macam darah.. tapi aku x rasa sakit .. Aku dengar orang lain dok jerit2 sakit dok panggil nama2 orang . Tapi kenapa? Aku ingat semua tu mimpi ja..

jiran aku tu.. kak ..ape namanya, aku x ingat, tolong papah aku kuar dari bas melalui lubang kecik yang kat bhg atas bas. pas kuar, kitaorang suma dok berkumpul kat kwsn lapang berumput. time tu baru aku tersedar.. " aku terlibat dalam kemalangan bas" dan baru la aku terasa sakit kat bahagian yang berdarah tu. kak-jiran aku tu suruh aku call parent bagitau keadaan kitaorang..dan kalau boleh mintak parent tolong mai amik. Dia call BF dia. aku?
call parent?
xkan aku nak call En yusub yang duduk kat Cardiac Care Unit ( CCU) bagitau kata aku kemalangan? silap2 lagi tenat la dia. pastu.. nak call sapa..PAkcik.. tapi aku x mau kacau dia..
kredit dah la abih.. tapi nasib baik boleh tebus kredit guna mata ganjaran maxis..
so the only number i can call at that time is only my dad's number..

en Yusub: Hello.. dah kat mana dah ( nampaknya dia tau aku nak balik)
Aku : on da way.. kat mana ntah.. ermmmm , ayah,, bagi mak cakap jap..
En Yusub : ( diam jap) .. OK.. nah. ( waktu ni pun dia dah suspect somethin sbb aku jarang mau cakap ngan mak aku guna telefon)

nasib baik mak pandai berlakon.. buat2 macam kitaorang cakap sal isu2 remeh..pastu suruh aku bertenang..sb aku asyik nangis. Cayalah Pn Timah. !! ( bleh dapat anugerah pelakon wanita terbaik)
( alaaa jangan r marah..mak..hehehe)

dah lama dah dok kat kwsn kejadian tu, pas 3o mnit kot, baru ada satu ambulan sampai.

sbb kecederaan aku ngan ada lagi 6 orang lebih teruk dari penumpang lain.. kami ja yang dibawak naik ambulan 1st..
pengalaman pertama aku naik Ambulan.. - aku yang sakit sikit jadi bertambah sakit, yang x takut, jadi takut pulak bila dah dalam ambulan.. Aku jd takut ngan emo sangat time tu.. x kisah r orang tengok ke x, aku menangis sepanjang perjalanan ke Hosp Slim River.

pas dah dirawat, bt x-ray apa suma, lagi satu bala pulak, kena tunggu bas nak bawak pegi pejabat polis bt report. menunggu lagi, 4 jam ooo duduk kat ED tu tunggu bas saja. pas bas sampai, pegi bt police report, kn tunggu lagi ( ntah tunggu apa ntah) baru boleh balik.

tambah tolak.. ada la dalam 12 jam terbazir utk menunggu ja. aku dah sangat fedup dengan semua aktiviti menunggu ni.
dah dapat bas utk terus perjalanan balik, bas tu pulak bt perangai.. semput kat highway.. jalan kejap berhenti..jalan berhenti..
aku dah tensen x terkira.
kul 10 lebih.. ayah aku call balik,

en yusub: " kat mana ni" .
aku : kat perak dah.. (padahal dah 10 jam dah lepas aku 1st time call dia.-spatutnya dah sampai dah pun)
en yusub: lambatnya..
aku: bas rosak tadi.. sbb tu lambat..

pas 2 jam.. dia call balik, kata dia dah boleh discharge, kenapa aku x mai skali jemput dia balik. aku tipu kata aku dah sampai, tapi penat, rehat kat umah mak teh aku.

nak dijadikan cerita.. makteh aku pulak pegi tanya dia aku kat mana. aiseh.. Fail bigtime la..

dalam kul 5 ptg baru sampai kedah.. guess sapa yang pi amik.. En Yusub.. ayah aku yang pegi amik..
aiseh...
nampak sangat tipuan yang gagal..
pastu dia bagitau, dia dah syak something happen dari 1st call lagi.. dan mmg confirm something wrong sbb aku x sampai lagi time dia dah discharge. last2 dia paksa mak aku bagitau..
nasib baik la x da pape jadi kat dia kan..
tapi aku jadi emo la.. spatutnya aku yang melawat dia.. last2 aku yang " dilawat"

sejak kejadian tu.. aku dah takut amik bas balik malam.. tapi skrg aku dah try mengtasi rasa takut aku nk naik bas malam..
aku jadi fobia bila kereta/bas/van tetiba berhenti mengejut..
fobia ngan bau kaca + darah ( x tau nakk describe camna.. tapi ada satu bau dikeluarkan bila kaca pecah bercampur darah- ke aku je yang boleh terbau benda tu hahaha [ mcm edward cullen lak)
dan yang paling penting.. aku jadi lg motivated nak tolong org time2 disaster ngan accident camtu.

so.. that cloud has it's silver lining la.. n i saw it already.


TAPI..

hal tu x abih kat situ ja.. Pas 3 tahn issue ni kuar masuk mahkamah, syarikat bas tu setuju bagi mangsa 1 ribu sorang..
tapi yang peliknya dan macam syialnya..
daripada 1000 tu, mangsa cuma dapat 110 ja..Spek aku yang pecah sbb accident tu lagi mahal dari duit yangdapat tu..
kenapa?
sbb si peguam.. yang ntah sapa2 tu charge setiap orang 890 ( utk da overall procedure kononnya) macam utk duit minyak dia ( bukannya dia pegi 3o kali utk wakil 30 org pun-kan ke dia pegi untuk wakil semua, kenapa charge utk individu, bukan by group)
dia charge utk service-1500 ( tapi bahagi ngan suma mangsa-dalam 50 ja per head), ( 150 utk duit minyak dia,)(100 utk cari maklumat bla..bla.bla tapi hasil akhir 890 la)
kami yang sakit.. kami yang trauma, kami yang berparut..
kenapa si peguam yang kitaorang x tau pun ni yang kaut untungnya.. ( cuba kira, utk sorang dia mintak 810, ada 12 orang yang ditawar 1000 tu, berapa dia dah bolot)

something is wrong with the justice system here..
or maybe bcos we dont understand this system.. thus, they trick us using the system.
ntah la.. tapi aku sangat marah la ngan hal ni..
aku x pegi amik pun duit pampasan atau bayar kat peguam tu.. ( dah cek tu ada kat dia, pandai2 dia la kan..) aku dah FEDUP ngan semua corruption ni..
or maybe u could explain this, aliaa.
is the lawyer doin da right thing, or is he tricking us to get the money to himself?

0 is VIP: